Tuesday, 6 May 2014

Nota Pendidikan Islam Darjah 5

Adab Mengurus Diri Dalam Aspek Kehidupan


Friday, 14 December 2012

Nombor Yang Cantik Di Kalendar Hijrah


Renungan Bersama


Doa Berlindung dari Empat Perkara

Thursday, 13 December 2012

Doa Untuk Ibu Bapa

DOA UNTUK IBU BAPA
1. Selain daripada kita mendoakan anak2 kita, ada baiknya ajar mereka dari kecil untuk mendoakan kita.

2. Otak kanak2 dari umur 6 bulan sehingga 6 tahun adalah di bawah minda separa sedar. Waktu ini, apa sahaja ynag kita 'install' dalam minda anak2 kita, akan terus diserap tanpa batasan kerana mereka hanya mempunyai akal setelah berumur 7 tahun.

3. Apabila sejak kecil kita sudah membiasakan mereka untuk mendoakan kita, isnya allah ianya akan menjadi suat
u saham yang terbesar apabila kita sudah meninggal dunia kerana semua orang tahu salah satu amalan yang akan berterusan apabila anak adam itu meninggal dunia adalah doa daripada anak yang soleh

4. Jadi, mari ajar anak kita untuk mendoakan kita mulai sekarang!


Wednesday, 12 December 2012

Asas Adab Dan Akhak Islam

ASAS ADAB DAN AKHLAK ISLAM 

Adab dengan Manusia


Antara ialah memberi salam atau ucap selamat, bertanya khabar, hormat-menghormati, mengeratkan silaturahim dan zairah-menzairahi.

Dalil beradab sesama manusia: Maksudnya :"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Adab dengan Makhluk lain.

Kita perlu memeliharanya dengan baik seperti memberi makan dan minum.Selain itu, ia perlu disayangi dan dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah. Kita juga perlu menjaga dan memelihara tumbuh-tumbuhan dengan baik dan dilarang merosakkannya sesuka hati.

Kebaikan beradab dengan manusia dan makhluk lain.

Kita akan mendapat pahala, disayangi, dihormati, hidup dengan selesa dan dihargai oleh masyarakat. Sebaliknya jika kita mengabaikannya, kita akan mendapat dosa, dikutuk oleh makhluk, hidup tidak harmoni dan dipinggirkan oleh masyarakat.

KEMPEN SAYANGI MAKHLUK TUHAN

        Amalkan akhlak baik ini:                                   Hindari perbuatan buruk ini:
  •  Mengasihinya                                              * Menginanya
  • Bersifat Ikhsan                                             * Menyakiti atau menyeksa
  • Memeliharanya dengan baik                         * Mementingkan diri sendiri
  • Memberi layanan yang baik                          * Berperasaan Benci




Tuesday, 11 December 2012

Syirik

Syirik

Pengertian Syirik : Syirik ialah menyekutukan Allah Taala dengan makluknya

Dalil firman Allah Taala :

فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Surah Al-Baqarah 22.2)

Maksudnya : Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu padahal kamu semua mangetahui (Bahawa Allah Tuhan Yang Esa)

Hukum 

Orang Islam haram melakukan perkara-perkara syirik

Hukum menghindari perkara-perkara syirik adalah wajib

Menyembah patung berhala atau pokok
Riyak
Mengaggap ubat sebagai penyembuh
Takbur
Memuja roh nenek moyang  atau kubur
Memakai lambang agama lain
Percaya kepada ramalan nasib
Mempercayai bintang ramalan


Perkara syirik kepada Allah Ta’ala boleh merosak akidah kita. Untuk memelihara daripada amalan syirik, kita perlu memahami aspek-aspek syirik dan contoh-contohnya seperti berikit:

ASPEK-ASPEK SYIRIK
Perkataan
Perbuatan
Hati
Mengucapkan perkara-perkara yang menyengutukan Allah
Melakukan perkara-perkara yang  menyengutukan Allah
Mempercayai perkara-perkara yang menyengutukan Allah

CONTOH-CONTOH SYIRIK
Mengatakan  Allah  itu berbilang
Memakai Tangkai
Mempercayai selain Allah berkuasa