Wednesday, 12 December 2012

Asas Adab Dan Akhak Islam

ASAS ADAB DAN AKHLAK ISLAM 

Adab dengan Manusia


Antara ialah memberi salam atau ucap selamat, bertanya khabar, hormat-menghormati, mengeratkan silaturahim dan zairah-menzairahi.

Dalil beradab sesama manusia: Maksudnya :"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Adab dengan Makhluk lain.

Kita perlu memeliharanya dengan baik seperti memberi makan dan minum.Selain itu, ia perlu disayangi dan dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah. Kita juga perlu menjaga dan memelihara tumbuh-tumbuhan dengan baik dan dilarang merosakkannya sesuka hati.

Kebaikan beradab dengan manusia dan makhluk lain.

Kita akan mendapat pahala, disayangi, dihormati, hidup dengan selesa dan dihargai oleh masyarakat. Sebaliknya jika kita mengabaikannya, kita akan mendapat dosa, dikutuk oleh makhluk, hidup tidak harmoni dan dipinggirkan oleh masyarakat.

KEMPEN SAYANGI MAKHLUK TUHAN

        Amalkan akhlak baik ini:                                   Hindari perbuatan buruk ini:
  •  Mengasihinya                                              * Menginanya
  • Bersifat Ikhsan                                             * Menyakiti atau menyeksa
  • Memeliharanya dengan baik                         * Mementingkan diri sendiri
  • Memberi layanan yang baik                          * Berperasaan Benci




3 comments:

Ahmad fauzi Othman said...

Info yang baik dan berguna kepada saya untuk disampaikan kepada anak-anak dan kawan-kawan. terima kasih utazah harap lebih banyak info yang boleh dikongsi bersama.

norulhuda mungin said...

Blg yang menarik. Tahniah! Banyak ilmu yang boleh dimanfaat.

Aishah Binti Hamid said...

Dengan izin dariNYA juga saya kembali aktif.Insya Allah

Post a Comment