Friday, 14 December 2012

Nombor Yang Cantik Di Kalendar Hijrah


Renungan Bersama


Doa Berlindung dari Empat Perkara

Thursday, 13 December 2012

Doa Untuk Ibu Bapa

DOA UNTUK IBU BAPA
1. Selain daripada kita mendoakan anak2 kita, ada baiknya ajar mereka dari kecil untuk mendoakan kita.

2. Otak kanak2 dari umur 6 bulan sehingga 6 tahun adalah di bawah minda separa sedar. Waktu ini, apa sahaja ynag kita 'install' dalam minda anak2 kita, akan terus diserap tanpa batasan kerana mereka hanya mempunyai akal setelah berumur 7 tahun.

3. Apabila sejak kecil kita sudah membiasakan mereka untuk mendoakan kita, isnya allah ianya akan menjadi suat
u saham yang terbesar apabila kita sudah meninggal dunia kerana semua orang tahu salah satu amalan yang akan berterusan apabila anak adam itu meninggal dunia adalah doa daripada anak yang soleh

4. Jadi, mari ajar anak kita untuk mendoakan kita mulai sekarang!


Wednesday, 12 December 2012

Asas Adab Dan Akhak Islam

ASAS ADAB DAN AKHLAK ISLAM 

Adab dengan Manusia


Antara ialah memberi salam atau ucap selamat, bertanya khabar, hormat-menghormati, mengeratkan silaturahim dan zairah-menzairahi.

Dalil beradab sesama manusia: Maksudnya :"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Adab dengan Makhluk lain.

Kita perlu memeliharanya dengan baik seperti memberi makan dan minum.Selain itu, ia perlu disayangi dan dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah. Kita juga perlu menjaga dan memelihara tumbuh-tumbuhan dengan baik dan dilarang merosakkannya sesuka hati.

Kebaikan beradab dengan manusia dan makhluk lain.

Kita akan mendapat pahala, disayangi, dihormati, hidup dengan selesa dan dihargai oleh masyarakat. Sebaliknya jika kita mengabaikannya, kita akan mendapat dosa, dikutuk oleh makhluk, hidup tidak harmoni dan dipinggirkan oleh masyarakat.

KEMPEN SAYANGI MAKHLUK TUHAN

        Amalkan akhlak baik ini:                                   Hindari perbuatan buruk ini:
  •  Mengasihinya                                              * Menginanya
  • Bersifat Ikhsan                                             * Menyakiti atau menyeksa
  • Memeliharanya dengan baik                         * Mementingkan diri sendiri
  • Memberi layanan yang baik                          * Berperasaan Benci




Tuesday, 11 December 2012

Syirik

Syirik

Pengertian Syirik : Syirik ialah menyekutukan Allah Taala dengan makluknya

Dalil firman Allah Taala :

فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Surah Al-Baqarah 22.2)

Maksudnya : Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu padahal kamu semua mangetahui (Bahawa Allah Tuhan Yang Esa)

Hukum 

Orang Islam haram melakukan perkara-perkara syirik

Hukum menghindari perkara-perkara syirik adalah wajib

Menyembah patung berhala atau pokok
Riyak
Mengaggap ubat sebagai penyembuh
Takbur
Memuja roh nenek moyang  atau kubur
Memakai lambang agama lain
Percaya kepada ramalan nasib
Mempercayai bintang ramalan


Perkara syirik kepada Allah Ta’ala boleh merosak akidah kita. Untuk memelihara daripada amalan syirik, kita perlu memahami aspek-aspek syirik dan contoh-contohnya seperti berikit:

ASPEK-ASPEK SYIRIK
Perkataan
Perbuatan
Hati
Mengucapkan perkara-perkara yang menyengutukan Allah
Melakukan perkara-perkara yang  menyengutukan Allah
Mempercayai perkara-perkara yang menyengutukan Allah

CONTOH-CONTOH SYIRIK
Mengatakan  Allah  itu berbilang
Memakai Tangkai
Mempercayai selain Allah berkuasa
      


Saturday, 8 December 2012

Doa Untuk Anak Nakal

MENEUTRALKAN ANAK YANG DEGIL

1. Ramai ibu bapa menghadapi masalah anak yang degil.

2. Hakikatnya mereka tidaklah jahat cuma mereka perlukan sedikit perhatian dan kasih sayang

3. Boleh amalkan doa ini untuk kebaikan bersama supaya menjadi anak di bawah peliharaan kita
soleh dan solehah

Kelebihan Ajar Bayi Membaca Awal Usia


7 Pemuda Al-Khafi

7P PEMUDA AL-KHAFI

4 Tahap Mendidik Anak

NABI SAW TELAH MEMBERIKAN PANDUAN UNTUK MENDIDIK ANAK DENGAN CARA YANG BETUL

1. Mendidik anak mempunyai kaedah satu per satu yang boleh kita ikuti. 

2. Kadang- kadang sesuatu tindakan kita adalah belum bersesuaian pada waktunya seperti memarahi anak sesuka hati sebelum berumur 
   6 Tahun adalah satu tindakan yang kurang bijak. Tetapi adalah perlu jika anak sudah berumur 7 tahun ke atas.

3. Mari lihat dan amalkan apa yang Nabi ajar untuk kebaikan kita bersama.

Tuesday, 30 October 2012

Asas Ulum Syariah : Dosa Kecil Dosa Besar



Hukum menjauhi perkara dosa adalah Wajib !

Dalil Nakli




(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

Dosa Kecil



Sunday, 28 October 2012

Asas Ulum Syariah : Perkembangan Islam Pada Zaman Rasulullah S.A.W (SIRAH)

Tahukah anda ?

Selepas Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah meneruskan usaha-usaha dakwah baginda dengan tekun. Rasulullah telah berdakwah dengan menggunakan beberapa stratergi bernas yang berkesan.

Jadual dibawah menjelaskan stratergi Rasulullah dalam berdakwah kepada pembesar-pembesar negara berhampiran Madinah dan reaksi mereka terhadap dakwah baginda. 


Pembesar-pembesar Mekah memeluk Islam

Selepas pembukaan Kota Mekah, ramai pembesar Mekah memeluk Islam. Mereka ialah Muawiyah Bin Abu Sufian, Abdullah Bin Saad Bin Abu Sarrah, Akrimah Bin Abu Jahal, Jabbar Bin Aswad, Sofwan Bin Umaiyah, dan Ka'ab Bin Zuhail. Mereka ini pernah memusuhi Islam dan Rasulullah memberi pengampunan pada hari pembukaan Kota Mekah.

Peperangan Hunain

Peperangan Hunain telah berlaku pada tahu kelapan Hijrah. Ianya berpunca daripada hasat kabilah Hawazin dan Saqif yang mahu memerangi umat Islam. Mereka telah melantik Malik bin Auf An-Nasri sebagai ketua dan membawa tentera seramai 4,000 orang. Apabila Rasulullah mendapat tahu baginda telah mengumpul seramai 12,000 orang tentera Islam untuk menghadapi tentera Malik. Tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dan hampir kalah pada mulanya tetapi dengan semangat dan keimanan akhirnya tentera Islam memenangi peperangan tersebut.

Peperang Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku pada musim kemarau pada tahun kesembilan Hijrah. Ianya berpunca daripada khabar angin tentang persediaan tentera Rom untuk memerangi umat Islam. Dengan itu, Rasulullah memohon sumbangan dari penduduk Mekah dan Madinah sebagai persiapan untuk menghadapi tentera Rom. Saidina Usman Bin Affan telah menderma wang sebanyak 10,000 Dinar, 300 ekor unta berserta muatannya dan 50 ekor kuda. Abu Bakar As-Siddiq menderma kesemua hartanya.

Rasulullah keluar bersama-sama 30,000 orang tentera menuju ke Tabuk, namun begitu tentera Rom telah membatalkan hasrat untuk berperang dan tentera Islam kembali semula ke Madinah tanpa berlaku pertumpahan darah.






Latihan

1. Nyatakan :
     i. Negara-negara yang dihubungi oleh Rasulullah untuk tujuan dakwah.
    ii. Namakan pembesar-pembesar Quraisy Mekah yang memeluk Islam.

2. Senaraikan :
     i. Sebab berlakunya peperangan Hunain dan pengajarannya
    ii. Sebab berlakunya peperangan Tabuk dan pengajarannya.